Kursus

EiMAS menawarkan program latihan yang disasarkan kepada warga Jabatan Alam Sekitar, pihak industri dan perunding yang terlibat dalam pengurusan alam sekitar dalam negara. EiMAS turut menawarkan program latihan dalam bidang pengurusan alam sekitar kepada agensi kerajaan dan agensi alam sekitar antarabangsa. Program latihan yang ditawarkan di EiMAS melibatkan program latihan teknikal dan kompetensi dalam bidang kawalan pencemaran air, kawalan pencemaran udara, pengurusan buangan terjadual dan penilaian kepada alam sekitar. Semua program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kompetensi semua peserta terhadap pengurusan alam sekitar yang lebih baik.

Skip to content