Soalan Lazim

EiMAS ditubuhkan untuk :

  1. Memantapkan program pembangunan sumber manusia dalam pengurusan alam sekitar;
  2. Membangun dan meningkatkan keupayaan dalam bidang perlindungan alam sekitar ;
  3. Melaksanakan latihan yang dapat menggalakkan amalan pengurusan alam sekitar yang baik; dan
  4. Membangun dan meningkatkan pengetahuan pegawai JAS dalam pengurusan alam sekitar melalui aspek penguatkuasaan, pendakwaan dan teknikal.

Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-8926 1500
Faks: 03-8926 1700
Emel: eimas@doe.gov.my

PERMOHONAN KURSUS - INDUSTRI

Kursus di EiMAS terbuka kepada pihak Industri seperti berikut:

  1. Pengendali bagi Sistem Kawalan Pencemaran Udara dan Air
  2. Kakitangan yang menguruskan Buangan Terjadual
  3. Penguji Ujian Pelepasan Asap Kenderaan
  4. Jururunding EIA
  5. Juruaudit Alam Sekitar
  6. Pemaju projek bagi pembangunan yang tertakluk kepada Perintah EIA

Maklumat kursus boleh didapati di pautan

Rujuk kepada di pautan

PERMOHONAN KURSUS - PEGAWAI JAS

Permohonan kursus adalah melalui Sistem Latihan Bersepadu (SLB) di pautan

Kakitangan JAS boleh merujuk kepada Katalog Kursus di dalam SLB di pautan.

Semakan melalui sistem SLB di pautan. Status permohonan Kursus boleh disemak pada menu Aktiviti Latihan -> Kursus.

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh diajukan kepada urusetia kursus yang berkenaan.

Tarikh tutup permohonan kursus adalah ditetapkan oleh urusetia kursus seperti mana dalam kalendar SLB.

Maklumat urusetia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam SLB

Kalendar latihan EiMAS boleh diakses melalui SLB di pautan

KURSUS KOMPETENSI UNTUK INDUSTRI

Pada masa kini EiMAS menyediakan sebelas (11) kursus kompetensi untuk industri iaitu:

  1. Certified Environmental Professional in Industrial Effluent Treatment System (Biological Processes) (CePIETSO-BP)
  2. Certified Environmental Professional in Industrial Effluent Treatment System (Physical Chemical Processes) (CePIETSO-PCP)
  3. Certified Environmental Professional in Leachate Treatment Plant Operation (CePLTPO)
  4. Certified Environmental Professional in the Treatment of Palm Oil Mill Effluent (CePPOME)
  5. Certified Environmental Professional in Sewage Treatment Plant Operation (CePSTPO)
  6. Certified Environmental Professional in Scrubber Operation (CePSO)
  7. Certified Environmental Professional in Bag Filter Operation (CePBFO)
  8. Certified Professional Environmental Officer in EIA Project (CePEOEIA)
  9. Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Management (CePSWaM)
  10. Certified Operator in Scheduled Waste Management (COSWaM)
  11. Kursus Pensijilan Penguji Ujian Pelepasan Asap dan Gas Kenderaan Bermotor untuk Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) dan Pengendali Berkumpulan (Fleet Operator, FO)
  1. Kursus Induksi Jururunding EIA
  2. Kursus Induksi Juruaudit Alam Sekitar

Secara umum, calon yang berminat menyertai kursus kompetensi, perlu melepasi syarat kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang ditetapkan iaitu:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam Sains atau Kejuruteraan; atau
  2. Diploma dalam Sains atau Kejuruteraan dengan satu (1) tahun pengalaman
  3. Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam lain-lain bidang disiplin dengan tiga (3) tahun pengalaman; atau
  4. Sijil dari Politeknik atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan dua (2) tahun pengalaman; atau
  5. Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 5 tahun pengalaman

(Nota: pengalaman merujuk kepada pengendalian buangan terjadual atau pengoperasian dan penyeliaan sistem kawalan pencemaran air atau sistem kawalan pencemaran udara)

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kursus kompetensi berkaitan untuk keperluan kelayakan sebenar

EiMAS telah menyediakan takwim kursus tahunan bagi setiap kursus kompetensi yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Penyedia Latihan dilantik. Sila rujuk jadual kursus kompetensi ini di laman sesawang EiMAS.

Pemohon boleh terus menghubungi penyedia latihan yang telah dilantik oleh EiMAS untuk pendaftaran kursus kompetensi.

Yuran kursus EiMAS sepertimana berikut:

Bil Kursus EiMAS Yuran (RM)
1 Certified Environmental Professional in Industrial Effluent Treatment System (Biological Processes) (CePIETSO-BP) RM 5,000
2 Certified Environmental Professional in Industrial Effluent Treatment System (Physical Chemical Processes) (CePIETSO-PCP) RM 5,000
3 Certified Environmental Professional in Leachate Treatment Plant Operation (CePLTPO) RM 5,000
4 Certified Environmental Professional in the Treatment of Palm Oil Mill Effluent (CePPOME) RM 5,000
5 Certified Environmental Professional in Sewage Treatment Plant Operation (CePSTPO) RM 5,000
6 Certified Environmental Professional in Scrubber Operation (CePSO) RM 4,000
7 Certified Environmental Professional in Bag Filter Operation (CePBFO) RM 4,000
8 Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Management (CePSWaM) RM 3,750
9 Certified Professional Environmental Officer in EIA Project (CePOEIA) RM 5,000
10 Certified Operator in Scheduled Waste Management (COSWaM) RM 1,500
11 Kursus Pensijilan Penguji Ujian Pelepasan Asap dan Gas Kenderaan Bermotor untuk Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) dan Pengendali Berkumpulan (Fleet Operator, FO) RM 2,800
12 Kursus Induksi Jururunding EIA RM 3,500
13 Kursus Induksi Juruaudit Alam Sekitar RM 3,500

Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:

  1. Tunai (di kaunter EiMAS sahaja)
  2. Cek (syarikat)
  3. Bank draft
  4. Kiriman Wang (Wang Pos)

Majikan yang berdaftar dan mencarum dengan HRD Corp boleh membuat tuntutan bayaran yuran kursus daripada HRD Corp di bawah:

  1. Skim Bantuan Latihan (SBL) Biasa bagi kursus yang dilaksanakan oleh EiMAS, bayaran yuran kursus perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus.
  2. Skim Bantuan Latihan (SBL) Khas bagi kursus yang dilaksanakan oleh Penyedia Latihan EiMAS yang berdaftar dengan HRD Corp.

Individu yang wajib menyertai kursus kompetensi ini adalah individu yang hendak diperakukan sebagai Orang Yang Berwibawa (OYB) sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 49A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

PEPERIKSAAN

Peperiksaan kursus kompetensi akan dijalankan pada hari terakhir kursus.

Tiada bayaran yuran peperiksaan pengambilan pertama kali dikenakan kepada calon kerana ianya telah dimasukkan bersama dengan kadar yuran bagi menyertai kursus kompetensi yang berkaitan.

Calon boleh merujuk kepada Sistem National Registry Certified Environmental Professionals (NRCEP) bagi menyemak keputusan peperiksaan.

Ya. Calon yang gagal dalam peperiksaan boleh mengulang peperiksaan kompetensi.

Calon boleh memuat turun borang mengulang peperiksaan di dalam laman sesawang EiMAS, melengkapkannya dan mengemukakan borang beserta bayaran kepada EiMAS untuk diproses.

Calon dibenar mengulang peperiksaan maksimum tiga (3) kali sahaja dalam tempoh setahun dari tarikh peperiksaan pertama di ambil.

Kadar bayaran bagi satu kertas peperiksaan adalah RM400.00 sahaja.

Keputusan peperiksaan biasanya diumumkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas peperiksaan dijalankan. Calon boleh merujuk kepada Sistem National Registry Certified Environmental Professionals (NRCEP) bagi menyemak keputusan peperiksaan.

Sekiranya calon telah lulus dalam peperiksaan kursus kompetensi yang dihadiri, calon akan dianugerah sijil kompetensi sementara untuk tempoh 1 tahun. Dalam tempoh ini, calon dikehendaki mengemukakan Laporan Latihan Lapangan (Field Training Report) kepada EiMAS, dan seterusnya melalui proses penilaian temuduga sebelum dapat diperakukan sebagai Orang Yang Berwibawa (OYB).

Laporan Latihan di Lapangan / Field Training Report (FTR)

Secara umum, Laporan Latihan di Lapangan (Field Training Report) adalah merupakan laporan yang menjelaskan bukti pengetahuan dan pengalaman calon yang telah memenuhi tanggungjawab Orang Berwibawa

FTR perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh sijil kompetensi sementara dikeluarkan.

Tempoh latihan di lapangan minima selama enam (6) bulan. Segala data, maklumat dan analisis dalam tempoh tersebut perlu dikemukakan dalam FTR.

EiMAS telah mengeluarkan garis panduan dan format penulisan FTR yang perlu disediakan calon peserta. Sila rujuk pautan.

Calon boleh mengemukakan FTR sama ada secara pos atau serahan tangan di kaunter EiMAS.

Calon boleh menyemak status FTR yang telah dikemukakan kepada EiMAS melalui Sistem National Registry of Certified Environmental Professionals (NRCEP).

FTR yang dikemukakan akan disemak oleh panel penilai EiMAS. Satu sesi penilaian temuduga akan dijalankan bagi menilai pemahaman peserta berdasarkan FTR yang dikemukakan.

Calon akan dimaklumkan melalui emel.

KEPUTUSAN KOMPETENSI

Calon boleh menyemak keputusan kompetensi penuh melalui Sistem National Registry of Certified Environmental Professionals (NRCEP).

Tidak. Kemudahan penginapan hanya akan diberikan kepada peserta kursus (penjawat awam) yang berkursus di EiMAS sahaja.

Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus di kaunter pendaftaran penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Sekiranya lewat perlu memaklumkan kepada Urusetia Kursus atau petugas kaunter dengan lebih awal. Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama EiMAS.

Kemudahan di EiMAS adalah khusus kepada peserta kursus dan agensi Kerajaan sahaja.

Ya. Perpustakaan EiMAS atau dikenali sebagai Perpustakaan Enviro Digital@EiMAS (PED@EiMAS) merupakan Perpustakaan Khusus yang menyediakan perkhidmatan dan koleksi bahan bercetak dan digital untuk rujukan peserta kursus/latihan serta EiMAS warga kerja EiMAS dan JAS. Ianya juga dibuka kepada penjawat awam, orang awam, pelajar IPT serta pekerja industri namun terhad untuk rujukan dan bacaan di dalam perpustakaan sahaja.

Keahlian adalah terhad kepada warga kerja EiMAS dan JAS sahaja. Walau bagaimanapun, orang awam boleh menggunakan Perpustakaan EiMAS untuk membuat rujukan dan bacaan di dalam perpustakaan sahaja.

Pinjaman bahan/buku terhad kepada Ahli PED@EiMAS sahaja iaitu warga kerja EiMAS dan JAS.

Lokasi PED@EiMAS ialah di:

Aras 1
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Jabatan Alam Sekitar
Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-8926 1500

Kategori bahan rujukan utama yang terdapat di PED@EiMAS ialah dalam bidang pengurusan alam sekitar (bercetak dan digital) terbitan dalam dan luar negara seperti berikut:

  1. Monograf (buku-buku rujukan teknikal)
  2. Terbitan Bersiri (Surat Khabar, Laporan dan majalah)
  3. Akta Kerajaan
  4. Laporan Tahunan JAS
  5. Modul Kursus (Digital)
  6. Garis Panduan/Guidelines
  1. Perkhidmatan Pinjaman – Perkhidmatan pinjaman adalah terhad kepada Ahli PED@EiMAS yang berdaftar iaitu kakitangan EiMAS dan JAS sahaja. Ahli dibenarkan untuk meminjam 5 buah buku dalam satu-satu masa. Pembaharuan buku-buku boleh dibuat melalui panggilan telefon, e-mel atau datang ke kaunter perpustakaan.
  2. Katalog Awam Dalam Talian (OPAC) – Perkhidmatan OPAC disediakan bagi memastikan pengguna dapat mengakses koleksi bahan rujukan dan bacaan yang dikehendaki dalam perpustakaan. Perkhidmatan ini membantu mempercepatkan pencarian bahan-bahan yang diperlukan di rak buku.
  3. Perkhidmatan Internet/WIFI – Pengguna perpustakaan boleh mengakses internet atau WIFI melalui komputer yang disediakan di Perpustakaan EiMAS. Perkhidmatan ini memudahkan pengguna dalam mencari maklumat dan rujukan tanpa sempadan.
  4. Perkhidmatan Pertanyaan Rujukan – Disediakan untuk membantu pengguna menggunakan perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan dengan lebih berkesan. PED@EiMAS merupakan sumber rujukan utama untuk mengakses maklumat dalam bidang pengurusan alam sekitar sama ada secara online atau fizikal. Perkhidmatan ini boleh dibuat melalui panggilan telefon, surat, e-mel atau datang ke PED@EiMAS.
  5. Perkhidmatan Dokumentasi – Semua koleksi bahan di perpustakaan dikemaskini dan dikatalog menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu (KOHA) untuk memudahkan proses penyusunan dan akses semula koleksi berkenaan. Sistem klasifikasi berdasarkan standard katalog antarabangsa iaitu Dewey Decimal Classification (DDC) dan Library of Congress Subject Headings (LCSH).
  6. Perkhidmatan Info Perpustakaan – Pemakluman dan hebahan mengenai buku-buku baru, koleksi buku pilihan yang terdapat di perpustakaan serta pengumuman mengenai program dan aktiviti anjuran perpustakaan.
  7. Perkhidmatan Koleksi Rujukan Bahan Digital – Pengguna perpustakaan boleh merujuk koleksi bahan digital yang terdapat di laman Enviro Digital Library JAS yang merangkumi bahan rujukan teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar, penerbitan jabatan, galeri gambar dan sejarah dalam format digital.
  8. Perkhidmatan Booking Area – Disediakan kepada kakitangan EiMAS dan JAS sahaja untuk penggunaan ruang mesyuarat, ruang perbincangan, kiosk temuduga (atas talian) dan bersemuka, ruang bacaan dan rujukan. Pengguna perlu memaklumkan staf perpustakaan bagi tujuan tempahan.

Isnin – Khamis :
8.30 Pagi – 12.45 Tengah Hari
2.15 Petang – 4.30 Petang

Jumaat: 8.30 Pagi – 12.00 Tengahari
3.00 Petang – 4.30 Petang

Perpustakaan ditutup pada Cuti Umum

Permohonan untuk mengadakan latihan industri di EiMAS boleh dibuat melalui alamat berikut:

Pengarah
Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
Jabatan Alam Sekitar
Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN

Tel: 03-8926 1500
Emel: eimas@doe.gov.my

Permohonan pekerjaan di mana-mana agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat menerusi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia http://www.spa.gov.my/

Skip to content