Kursus Industri

Siapa Orang
Yang Berwibawa?

Seseorang individu yang telah diperakukan Ketua Pengarah JAS sebagai kompeten untuk mengendalikan operasi sistem kawalan pencemaran atau pengurusan buangan terjadual. Individu tersebut perlu melalui proses pensijilan dan mematuhi semua keperluan sebelum boleh disahkan kompeten.

Keperluan perundangan bagi Orang Yang Berwibawa


Seksyen 49A, AKAS, 1974
Seseorang pemunya atau penghuni premis hendaklah mengambil kerja seseorang yang telah diperakukan oleh Ketua Pengarah sebagai orang yang berwibawa untuk menjalankan semua atau mana-mana aktiviti yang berikut:

  1. Pengendalian kelengkapan kawalan;
  2. Pengurusan buangan terjadual;
  3. Menjalankan kajian;
  4. Penyediaan dan pengemukaan laporan, pelan, cadangan, lukisan kejuruteraan atau dokumen lain yang berhubung dengan perkara alam sekeliling.

Proses bagi diperakukan sebagai Orang Yang Berwibawa


Senarai Orang Yang Berwibawa yang diperakukan

Individu yang telah diperakukan sebagai Orang Yang Berwibawa, akan disenaraikan di dalam Sistem National Registry of Certified Environmental Professional (NRCEP). Sistem NRCEP merupakan sistem atas talian bagi menguruskan pelaksanaan proses pensijilan Orang Yang Berwibawa serta pengurusan profil kompetensi Orang Yang Berwibawa. Senarai Orang Yang Berwibawa ini boleh dirujuk disini.

Selanjutnya

Bagaimana mengekalkan kompetensi Orang Yang Berwibawa?

Setiap Orang Yang Berwibawa hendaklah secara berterusan mengekalkan kompetensi yang telah diperolehi melalui peningkatan pengetahuan yang berterusan dan pelaksanaan pematuhan aspek operasi kawalan pencemaran atau pengurusan alam sekitar yang berterusan. Melalui Continuing Professional Development (CPD), setiap OYB hendaklah mengumpul sejumlah mata CPD tahunan yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar bagi membolehkan kompetensi yang dimiliki OYB dapat dikekalkan. Garispanduan keperluan Continuing Professional Development Untuk Orang Yang Berwibawa telah disediakan EiMAS dan boleh dirujuk disini.

Selanjutnya

Skip to content