Kursus Untuk Industri

Institut Alam Sekitar (EiMAS) di bawah Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan kursus pensijilan kepada sektor industri dalam memenuhi kewajipan pematuhan alam sekitar seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 49A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). Kursus dalam bentuk Program Pensijilan Profesional Alam Sekitar telah dibangunkan dengan objektif utama melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran yang amat diperlukan dalam mengendalikan sistem kawalan pencemaran dan pengurusan buangan terjadual di premis industri. Kursus ini memupuk budaya positif pematuhan kendiri dan akauntabiliti sosial di kalangan industri dalam mengarusperdana pengurusan alam sekitar, seterusnya membuka jalan ke arah kecemerlangan dalam pematuhan kawal selia alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar di dalam Negara.

Selanjutnya

National Registry of Certified Environmental Professionals (NRCEP)

...
NRCEP